SMK SEMENCHU UNGGUL....1 VISI 1 MISI 1 TEKAD

Sunday, May 6, 2012

Tips Membina Keyakinan Diri


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tips ini dikongsikan daripada Dr. David J. Schwartz, yang merupakan penulis buku untuk,‘ The Magic Of Thinkin Big’. Sekadar berkongsi,
1. Duduk di barisan hadapan di majlis yang dihadiri. Tidak kisah majlis apa yang anda hadiri. Cuba belajar  
    untuk menjadi seorang yang duduk di barisan hadapan.
2. Berlatih membuat ‘eye contact’. Bukan mudah untuk membuat ‘eye contact’ sebenarnya. Tetapi seorang 
    yang gagal membina ‘eye contact’ yang baik, tidak mampu mencipta pengaruh di dalam percakapannya.
3. Berjalan 25% lebih cepat dari biasa. Berjalan dengan lebih cepat seolah-olah mencipta bahasa badan 
    anda seorang sibuk. Ianya membuatkan anda berasa seolah-olah anda seorang yang sedang menguruskan  
    perkara yang penting.
4. Berlatih untuk bercakap. Paksa diri anda untuk memberi pendapat walaupun ianya mungkin sebenarnya 
    ‘kecil’ bagi anda. Elak daripada terjerat dengan diri dengan mengatakan bahawa,‘pendapat saya mungkin 
    sebenarnya bodoh.’
5. Senyum dengan lebar.Senyum adalah bahasa badan yang positif.Ianya juga tonik kepada diri untuk 
    membina keyakinan diri.

Sunday, April 22, 2012

Tips@Petua Kejayaan Dalam Tangan Anda!!!

Salam, disini terdapat serba sedikit tips@petua yang boleh kita amalkan sebagai pekerja,bos@manusia biasa, untuk berjaya didalam diri kita antaranya ialah :-


1.  Elak dari berbual mengenai perkara-perkara yang NEGATIF terutamanya mengutuk org lain di belakang.Jika anda suka bergosip,org di sekeliling anda tidak akan bercerita perkara penting pada anda.Jadi seloknya “jaga tepi kain sendiri” atau “mind your own business”.

2.  Bekerjalah dengan org yg mampu mencabar kredibiliti anda.Secara tidak langsung anda boleh mempelajari lebih byk perkara melalui individu tersebut yg ternyata memiliki banyak kemahiran dan pengalaman yg berguna.

3.  Seseorang bos harus memiliki kemahiran berkomunikasi yang bagus.Mereka mempelajari kemahiran ini dr org sekeliling termasuk pekerja bawahan mereka sendiri.Jadi tidak ada alasan mengapa anda tidak perlu bercampur gaul dengan org sekeliling anda biar pun mereka yang pangkatnya lebih rendah dari anda.

4.  Mendampingi bos bukan untuk mengampu dan membodek tetapi atas dasar mahumempelajari kemahiran dan kredibiliti beliau yang boleh dijadikan contoh.

5.  Dalam sehari,peruntukkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk anda bersendirian.Fikirkan apa misi hidup anda?Apa yang perlu anda lakukan demi mencapai sesuatu yang terbaek?Apa langkah-langkah anda untuk mencapai kejayaan?Fikirkan dan tetapkan misi anda.

6.  Tepati waktu.Cuba untuk sampai ke suatu destinasi(terutamanya membuat temu janji)sekurang-kurangnya lima minit lebih awl dari masa yang dijanji.Ia juga mampu mengelakkan anda dari tertekan(kerana lewat)dan memberikan anda masa untuk relaks.

7.  Jika Plan A untuk anda memburu kejayaan didalam karier tidak kesampaian ,laksanakan pula Plan B dan seterusnya.Jangan menetapkan hanya satu perancangan sebaliknya anda boleh membuatnya lebih dari lima.Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

8.  Selalu ingat :Rahsia kejayaan ialah semangat.Fikirlah sesuatu yang paling bermakna.Sebarkan kasih sayang dan kegembiraan dan kejayaan pasti akan mengekori langkah anda di kemudian hari.Berilah penghargaan pada diri sendiri andai anda mampu mencapai kejayaan.

9.  Berpakaianlah mengikut kerjaya anda .Bukan menyarung apa saja yang ada dalam simpanan anda.Biar cara pemakaian anda melambangkan tahap profesional anda .

10.  Jangan mengambil berat atau terlalu memikirkan perkara yang remeh-temeh.Jika ada org yang sukakan anda,biarkan.Itu masalah mereka. But always strike to give your best!!
Peace no war!!! (^_^)

Monday, January 16, 2012

Cabaran seorang guru

DUNIA pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana ia tunjang utama dalam memperkasa pembangunan negara yang dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan yang bertaraf dunia.

Peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes perlanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, buli khususnya yang berlaku di asrama, biadab terhadap guru, vandalisme, peras ugut, bergaduh dalam kawasan sekolah dan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara berkesan oleh pihak sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah dalam kalangan anak-anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru mesti menjurus kepada pembinaan sahsiah pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengatakan: “Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai-nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.” Beliau berkata demikian dalam ucapan pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000). Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa memang menjadi tanggungjawab teras seseorang guru membentuk jati diri anak-anak muridnya dengan keluhuran budi pekerti yang tinggi dan terpuji.

Sebenarnya teras utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan mengenai akhlak murni. Jadi, dalam apa saja mata pelajaran yang diajar seseorang guru, penerapan nilai-nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan nilai merentas kurikulum.

Malah, seseorang guru sepatutnya memahami dan menghayati sedalam-dalamnya tafsiran Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di Malaysia selama ini. FPK antara lain menyatakan: ‘Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. ‘Usaha ini untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Jika diteliti secara mendalam intipati FPK itu, memang sudah lengkap dan tepat dalam usaha membina generasi warga negara yang seimbang dan mampu menjana keperkasaan tamadun bangsa dan negara.

Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman, yang juga Presiden Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), ada menggariskan beberapa peranan yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang guru dalam merealisasikan FPK itu. Antaranya ialah guru bertindak sebagai pendakwah. Ini bermaksud guru bukan saja memainkan peranan sebagai pengajar, tetapi seharusnya mendidik anak-anak didiknya dengan nilai-nilai akhlak mulia. Guru juga adalah seorang pendidik yang mendidik anak-anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Menurut beliau, guru adalah seorang pemimpin. Ertinya memimpin dan memandu pelajar menjalankan sesuatu tugasan dengan betul dan berkesan. Seterusnya guru adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membina anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK. Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi ciri seorang pengusaha yang dinamik, maka guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Contohnya, bagaimana seseorang guru itu berupaya menarik perhatian pelajar agar sentiasa menerapkan disiplin diri yang unggul dan mematuhi ajaran agama. Selain itu, seseorang guru juga mesti bersikap profesional dalam bekerja dengan menunjuk contoh baik dan memiliki sahsiah diri yang terpuji. Ini penting kerana guru akan menjadi perhatian pelajar dan akan diikuti. Menurut ahli psikologi pendidikan barat, Zuara, capik jalannya guru, maka tempanglah anak muridnya.

Dr Abdullah Sudin berkata, seseorang guru itu mesti menjadi seorang pengikut yang baik. Ini bermaksud guru itu seharusnya taat dan mematuhi arahan ketua dalam melaksanakan sebarang tugasan dengan bersedia berkorban masa dan tenaga. Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pejuang. Apakah maksud pejuang di sini ? Tentulah perjuangan dalam menyempurnakan amanah negara dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa dengan semangat waja dan tanpa putus asa. Seseorang pejuang sudah tentu tidak boleh berputus asa apabila berhadapan dengan kesulitan. Begitulah dengan guru. Apapun cabaran dan kekangannya, tugas dan amanah mesti diteruskan dengan efektif. Pejuang juga mesti ikhlas dalam perjuangannya. Demikianlah juga dengan guru, mereka seharusnya ikhlas dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa. Kata Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, ciri guru yang cemerlang ialah ikhlas mengajar ilmunya, memiliki tekad kuat untuk memberi manfaat yang terbaik untuk anak muridnya dan berusaha kuat menghantarkan mereka pada ketinggian darjat orang yang berilmu.

Manakala Al-Imam Al Ghazali ada mengatakan: ‘Guru perlu menanamkan niat bahawa mereka mengajar demi menyelamatkan anak muridnya daripada kesengsaraan di akhirat kelak.’ Hakikatnya seseorang guru sewajarnya mesti sedar dan insaf bahawa di bahu mereka terletaknya amanah Allah dan harapan negara dalam membina generasi insan yang berwibawa, berintelek tinggi, berakhlak mulia dan bersahsiah ‘towering personality.’ Ingatlah pendidik akan pesanan yang pernah diluahkan pakar motivasi barat, Beecher.
Kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya.

Demikian juga guru harus menghayati kata-kata daripada seorang lagi pakar motivasi barat, Mann Horace yang berbunyi: “Seseorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbul dan menghidupkan keinginan dan semangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besi yang dingin.” Selamat mendidik anak bangsa. Selamat Bertugas untuk merealisasikan "smk semenchu unggul" .