SMK SEMENCHU UNGGUL....1 VISI 1 MISI 1 TEKAD

Friday, December 31, 2010

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH SESI 2011

Assalamualaikum w.m.a dan selamat menyambut tahun baru...
Selamat kembali kesekolah untuk sesi 2011 semoga kehadiran tahun baru ini membawa bersama azam,tekad,keyakinan,kegighan untuk berusaha dan melangkah kearah SMK Lokman Hakim Lebih Hebat. kita semua perlu berusaha keras untuk menjadi 1 visi, 1misi dan 1 hati bagi merealisasikan SMK Lokman Hakim Lebih Hebat, kita tidak mahu berada ditahap yang lemah, tidak berupaya melakukan yang terbaik sedangkan kita mampu dan berupaya melakukannya dengan lebih baik kerana kita mempunyai kekuatan, kepakaran, sokongan masyrakat dan pibg sentiasa membantu untuk kejayaan dan kecemerlangan sekolah.
kepada pelajar ayahanda menekankan bahawa displin adalah faktor utama untuk menjadi orang yang berjaya, tanpa displin yang kukuh kita akan hanyut dan terpengaruh dengan budaya dan perkara yang tidak berfaedah..kerana itu setiap kesalahan displin akan menerima tindakan yang sewajarnya bukan untuk menyusahkan atau mendenda atau berlaku zalim tetapi untuk mendidik anakanda semua agar menjadi manusia yang berguna, patuh kepada peraturan menggunakan akal yang waras dalam semua tindakan dan perlakuan seterusnya menjadi manusia yang cemerlang berguna untuk agama,bangsa dan negara.. Insyallah dengan keazaman dan tekat yang jitu dari semua guru-gurunya, pelajar-pelajarnya, pibg dan sokongan masyrakat setempat SMK Lokman Hakim akan bangkit menjadi sekolah yang cemerlang......"SMK Lokman Hakim Lebih Hebat"...Ayoh kita Buktikan.....

Thursday, December 16, 2010

Konsep 1 Malaysia

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

  1. Budaya kecemerlangan
  2. Ketabahan
  3. Rendah hati
  4. Penerimaan
  5. Kesetiaan
  6. Meritokrasi
  7. Pendidikan
  8. Integriti