SMK SEMENCHU UNGGUL....1 VISI 1 MISI 1 TEKAD

Friday, September 20, 2013

Panik Semasa Peperiksaan ?

5 Teknik Menghadapi Peperiksaan Ini Membantu Anda

kids takes exam
Fikiran anda buntu. Anda tenung kertas soalan yang diberikan, cuba untuk menjawab soalan dengan mengingati apa yang anda baru baca tadi.
Ya, anda sudah ingat. Anda terus menulisnya di dalam kertas jawapan yang diberikan. Berjela-jela ayat yang anda tulis sehingga anda meminta lagi kertas jawapan dari pengawas peperiksaan.
Ok. Soalan seterusnya. Alamak… macam mana nak jawab soalan ni? Masa menjawab ada lagi 5 minit. Rasanya pernah baca tapi kenapa tak ingat pula! Fikiran anda buntu sekali lagi.
Itu adalah sebahagian daripada pengalaman yang dihadapi oleh mereka yang pernah bersekolah, pernah belajar di kolej, pernah belajar di universiti dan pernah cuba untuk memohon sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.
Itulah peperiksaan. Ia cukup ditakuti dan digeruni walaupun rupanya tidak pernah dilihat oleh sesiapa. Kalau boleh, anda tidak mahu lagi mengambil peperiksaan kerana tahu perit maung menghadapinya. Daripada berjaga di tengah malam, tidur yang tidak cukup dan bertarung di dalam bilik peperiksaan, biarlah ianya dikenang sebagai memori silam.
Sebenarnya, cara menghadapi peperiksaan memerlukan pendekatan yang sesuai. Jika anda masih menggunakan kaedah lama seperti baca buku dan cuba menghafalnya berulang-ulang kali sebelum hari peperiksaan, anda tidak akan menemui kejayaan.
Terdapat beberapa strategi dan teknik menghadapi peperiksaan yang anda boleh guna – tidak kira untuk peperiksaan atau untuk belajar sesuatu benda baru supaya anda bersedia dan mengingati apa yang anda hafal dengan mudah.
1. Cari tempat yang sunyi dan tenang.
belajar malam
Pilih satu bilik atau tempat di mana anda tidak diganggu oleh sesiapa. Jika bawa telefon bimbit, aktifkan ia di dalam mod senyap atau matikan sahaja. Ia adalah suasana yang terbaik untuk anda fokus mentelaah bahan yang dibaca dan menghafal. Biasanya waktu yang sesuai adalah selepas tengah malam sehingga waktu subuh.
Pada waktu ini, otak akan mudah menyimpan apa sahaja maklumat yang diberikan kerana. Gelombang otak berada di dalam keadaan alpha kerana waktu tengah malam adalah senyap dan cukup tenang. Anda jadi fokus dan mudah mengingati apa yang dibaca.

2. Pastikan anda faham apa yang anda hafal.
understand what you memorized
Adalah sesuatu yang sukar untuk menghafal jika anda tidak faham apa yang dihafalkan. Ini adalah di antara penyebab kenapa sesetengan orang jadi ‘blank’ ketika menjawab peperiksaan. Informasi yang anda masukkan di dalam otak tidak dapat dikaitkan dengan apa yang sudah ada di dalam otak.
Sebagai contoh, jika anda menghafal formula-formula kimia, anda tidak dapat mengingati kesemuanya kerana ia adalah sesuatu yang baru anda ketahui dan anda tidak boleh mengaitkannya dengan apa yang sudah ketahui sebelum ini.
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh menggunakan teknik sistem mnemonik. Teknik ini mampu menterjemahkan maklumat di dalam bentuk visual, kinestetik, atau bunyian ke dalam otak manusia berbanding maklumat di dalam bentuk abstrak atau mendatar. Ia boleh meningkatkan daya ingatan jangka panjang dan menjadikan proses mengingat kembali menjadi mudah.

3. Ulangkaji pelajaran baru serta merta berbanding menunggu waktu hampir peperiksaan.
panic
Kerap kali apabila anda belajar sesuatu yang baru dan kompleks, anda perlu segera mengulangkajinya. Ini kerana apa yang anda pelajari dalam masa beberapa jam akan mudah dilupai. Lebih cepat anda menyimpannya sebagai memori di dalam otak, lebih mudah ia diakses apabila anda mahu memanggilnya.
Amalkannya secara berterusan sehingga anda mempelajari topik baru. Namun perlu diingatkan ulangkaji perlu sentiasa konsisten. Jika anda tidak mengulangkaji, pastikan anda tidak membiarkan masa senggang di antara satu ulangkaji dengan ulangkaji lain terlalu lama. Ramai pelajar yang mangamalkan menunggu sehingga waktu peperiksaan untuk mengulangkaji kesemua topik untuk peperiksaan dan ianya suatu yang kurang efektif jika anda mahu menghadapi peperiksaan.
Kejayaan di dalam peperiksaan bergantung kepada setakat mana hafalan dan pemahaman anda dapat diakses di dalam suatu masa. Jika anda mengulangkaji kesemua apa yang pelajari dalam satu malam, anda akan ‘blank’ pada keesokkan hari kerana anda panik dan resah. Ulangkaji dari awal membolehkan memori ulangkaji anda boleh dipanggil semula dengan mudah.
 4. Teknik afirmasi dan visualisasi.
positive-affirmation-plan
Adalah sukar untuk menjadi seorang yang positif. Perkara-perkara negatif sudah mendominasi kehidupan kita sejak dari kita kecil lagi. Oleh itu, minda kita perlu ‘diprogram’ semula kepada positif dengan teknik afirmasi dan visualisasi.
Dengan teknik afirmasi dan visualisasi, anda memberikan pernyataan atau cadangan kepada minda anda untuk melakukan apa yang anda inginkan. Minda separa sedar ibarat span yang meresap apa sahaja yang diberikan padanya. Sekiranya awal-awal lagi anda mengatakan, “aku tidak dapat menjawab soalan ini”, “aku tidak pandai” atau ‘peperiksaan ini susah, hanya orang bijak sahaja boleh buat”, maka anda sememangnya tidak berjaya di dalam peperiksaan.
Apa yang anda perlu buat adalah cari tempat yang sunyi dan selesa. Anda boleh duduk atau berbaring di atas katil. Tarik nafas dalam-dalam selama 3 ke 5 minit. Apabila anda rasa cukup tenang, cakap pada diri anda “aku boleh menjawab peperiksaan esok dengan tenang, apa yang aku baca semuanya keluar dan aku memperolehi keputusan yang cemerlang”. Anda boleh mengatakan apa-apa sahaja yang positif dan baik. Anda boleh bayangkan diri anda sedang menjawab peperiksaan dengan mudah. Bayangkan sekali raut wajah anda yang ceria menjawab peperiksaan. Insya-Allah, jika anda melakukannnya secara konsisten beserta dengan usaha dan doa, anda akan berjaya.
 5. Jaga pemakanan dan hubungan dengan Allah Taala.
Dates-Fruit
Persediaan untuk menghadapi peperiksaan bukan sahaja dengan sebanyak mana ulangkaji dan hafalan, tetapi juga persediaan mental dan rohani. Mental yang kuat dan bertenaga datang dari makanan yang diambil, maka makanan untuk otakdiperlukan. Untuk memastikan otak anda sihat dan cerdas, pengambilan makanan dengan nutrien-nutrien yang seimbang seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral adalah penting.
Aspek kerohanian juga perlu dijaga. Tidak guna hanya kerana ingin memperolehi tempat pertama di dalam kelas atau ingin mendapat CGPA 4.0 tetapi solat ditinggalkan, maksiat masih dilakukan dan perkara-perkara lagha masih dibiarkan.
Dosa boleh membuatkan kita lupa, melemahkan akal dan kesukaran memahami ilmu. Oleh itu, kita digalakkan untuk menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan bertaubat segera. Ia sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan satu dosa, maka dititikkan dalam hatinya satu titik hitam. Ketika dia tinggalkan, memohon ampun, dan bertaubat, maka hatinya akan dibersihkan. Jika dia mengulangi lagi, maka akan ditambahkan titik hitam itu sampai menutupi hatinya”- Riwayat Tirmidzi.
Ulama-ulama silam yang mengajar ilmu-ilmu agama telah menganjurkan penuntut-penuntut ilmu dan hafiz al-Quran supaya mengambil makanan-makanan yang tertentu untuk meningkatkan daya ingatan. Selain itu, penuntut-penuntut juga perlu mengamalkan beberapa amalan ini untuk menguatkan ingatan seperti:
  • Mengamalkan doa-doa daripada al-Quran seperti dari Surah Taha ayat 25-28, Surah Al-Anbiya’ ayat 79, Surah Luqman dan Surah al-Isra’ ayat 70.
  • Memperbanyak zikir, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil.
  • Mengambil makanan yang berzat seperti madu dan kismis.
Dengan mengambil makanan yang baik untuk otak, ia bukan sahaja baik untuk perkembangan intelektual, malah menyuburkan rohani dan peribadi yang mulia.
Kejayaan di dalam peperiksaan adalah suatu pengalaman yang manis. Namun, jika anda tidak berjaya atau tidak mencapai apa yang anda sasarkan, jangan bersedih dan tertekan. Cuba lagi dan jangan berputus asa. Sesungguhnya, hidup ini sendiri adalah peperiksaan. Kita sentiasa diuji setiap masa dan ketika. Di akhirat nanti, barulah kita tahu samada kita sudah berjaya atau gagal sebagai hamba Allah.
Adakah anda mempunyai teknik menghadapi peperiksaan anda sendiri? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Saturday, September 14, 2013

MENGAPA YAHUDI BIJAK

Mengapa Yahudi Bijak? by: Dr stephen Carr leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.


Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? 

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. 

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. 

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. 

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. 

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.