1. Elak dari berbual mengenai
perkara-perkara yang NEGATIF terutamanya mengutuk org lain di
belakang.Jika anda suka bergosip,org di sekeliling anda tidak akan bercerita
perkara penting pada anda.Jadi seloknya “jaga tepi kain sendiri” atau “mind
your own business”.
2. Bekerjalah dengan org yg
mampu mencabar kredibiliti anda.Secara tidak langsung anda boleh
mempelajari lebih byk perkara melalui individu tersebut yg ternyata memiliki
banyak kemahiran dan pengalaman yg berguna.
3. Seseorang bos harus
memiliki kemahiran berkomunikasi yang bagus.Mereka mempelajari
kemahiran ini dr org sekeliling termasuk pekerja bawahan mereka sendiri.Jadi
tidak ada alasan mengapa anda tidak perlu bercampur gaul dengan org sekeliling
anda biar pun mereka yang pangkatnya lebih rendah dari anda.
4. Mendampingi bos bukan untuk
mengampu dan membodek tetapi atas dasar mahumempelajari kemahiran dan
kredibiliti beliau yang boleh dijadikan contoh.
5. Dalam sehari,peruntukkan
masa sekurang-kurangnya sejam untuk anda bersendirian.Fikirkan apa misi
hidup anda?Apa yang perlu anda lakukan demi mencapai sesuatu yang
terbaek?Apa langkah-langkah anda untuk mencapai kejayaan?Fikirkan dan
tetapkan misi anda.
6. Tepati waktu.Cuba untuk
sampai ke suatu destinasi(terutamanya membuat temu janji)sekurang-kurangnya
lima minit lebih awl dari masa yang dijanji.Ia juga mampu mengelakkan anda dari
tertekan(kerana lewat)dan memberikan anda masa untuk relaks.
7. Jika Plan A untuk
anda memburu kejayaan didalam karier tidak kesampaian ,laksanakan
pula Plan B dan seterusnya.Jangan menetapkan hanya satu perancangan sebaliknya
anda boleh membuatnya lebih dari lima.Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum
hujan”.
8. Selalu ingat :Rahsia
kejayaan ialah semangat.Fikirlah sesuatu yang paling bermakna.Sebarkan
kasih sayang dan kegembiraan dan kejayaan pasti akan mengekori langkah anda di
kemudian hari.Berilah penghargaan pada diri sendiri andai anda mampu mencapai
kejayaan.
9. Berpakaianlah mengikut
kerjaya anda .Bukan menyarung apa saja yang ada dalam simpanan anda.Biar
cara pemakaian anda melambangkan tahap profesional anda .
10. Jangan mengambil berat
atau terlalu memikirkan perkara yang remeh-temeh.Jika ada org yang sukakan
anda,biarkan.Itu masalah mereka. But always strike to give your best!!
Peace no war!!! (^_^)