SMK SEMENCHU UNGGUL....1 VISI 1 MISI 1 TEKAD

Saturday, February 13, 2010


8 februari 2010 merupakan hari yang yang amat bersejarah dalam kehidupan 5 beradik iaitu Mohd Haikal 12,Adam Iskandar 10, Nor Shahira 9, Haris Fadillah 7 dan adik nya Ahmad Nor Danish 5, kerana merupakan hari pertama dapat menjejakan kaki bersekolah di SK Dato Usman Awang,Kota Tinggi. Mereka selama ini menaruh harapan untuk bersekolah seperti anak-anak lain tetapi malangnya terabai kerana kecuaian ibubapanya yang mengambil mudah soal pendidikan anak-anaknya. Tepat Jam 7.15 pagi kehadiran Tuan Haji Markom bin Giran, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor yang sangat perihatan dengan masalah murid berkenaan untuk sama-sama menyerahkan murid berkenaan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Guru Besarnya Tuan Haji Ali bin Jaafar. Tuan Haji Markon sebelum ini telah berkunjung kerumah nenek murid tersebut dan menyampaikan sumbangan peribadi beliau RM500.00 dalam usaha memastikan 5 beradik tersebut bersekolah. Kita mendoakan semoga 5 beradik ini akan terus berusaha keras untuk menimba ilmu untuk masa hadapan mereka...Insyallah kejayaan akan dicapai bukan kerana anak sapa-sapa... tetapi berkat usaha, kegigihan dan ketekunan kita..

Sunday, February 7, 2010

PEMANTAUAN BERFOKUS SK ADELA


Pasukan pemantau telah melaksana kan pemantauan ke SK Adela dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan yang ada yang perlu dibangunkan untuk menjadikan sekolah ini lebih cemerlang pada masa hadapan. Persekitaran sekolah yang dijaga dengan rapi menjadikan sekolah ini indah dan sesuai untuk suasana pembelajaran yang kondusif. Tahniah kepada guru pendidikan khas yang berusaha keras untuk membantu mendidikan anak-anak istimewa ini semoga usaha cikgu-cikgu akan mendapat keredaan dan keberkatan dari Ilahi. Kepada guru besar, penolong kanan dan semua guru bangunkanlah potensi sekolah ini agar mampu menjadi sekolah yang cemerlang dan gemilang pada masa hadapan..semuanya ada didepan mata...jangan tunggu dan jangan bertangguh lagi..ayuh bangkit semua untuk kecemerlangan kita bersama....Insyallah.

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR DAN PMR PARLIMEN TENGGARA

Tahniah kepada semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR tahun 2009 dari Parlimen Tenggara kerana menerima penghargaan dan pengiktirafan dari Ahli Parlimen Tenggara iaitu Datuk Halimah binti Mohamed Sadique yang bermurah hati menyampaikan hadiah, sijil serta wang tunai kepada pelajar yang terlibat dalam satu majlis yang diadakan di SMK Bandar Tenggara 2, juga dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi Tuan Haji Mohd Zakaria bin Yusof. Semoga sokongan dan galakan YB akan menguatkan azam dan tekad pelajar berkenaan untuk lebih cemerlang dalam pelajaran pada masa hadapan seterusnya menjadi warga negara yang berguna pasa masa hadapan. Insyallah..

SELAMAT BERSARA CIKGU ASWAN BIN PARDI

Seluruh warga pendidik Daerah Kota Tinggi mengucapkan selamat bersara kepada cikgu Aswan bin Pardi mulai 5/02/2010. Cikgu Aswan telah menyumbang khidmat baktinya dalam pendidikan selama 28 tahun. Sejarah perkhidmatannya bermula pada 13/01/1982 di SMK Arshad, Kota Belud, Sabah selama lebih kurang sepuluh tahun.

Selepas itu beliau balik ke Semenanjung dan berkhidmat di SMK Bandar Easter, Kota Tinggi, seterusnya ke SMK Parit Haji Hassan, Batu Pahat, dan kemudian balik ke Kota Tinggi berkhidmat di SMK. Laksamana, selepas itu bertugas di SMK Taman Kota Jaya dan seterusnya sebagai pengetua di SMK Tanjung Pengelih sehingga bersara wajib, beliau berkhidmat di SMK Tanjung Pengelih mulai 01/10/2004 - 4/02/2010 lebih kurang 5 tahun lebih.

Kami mendoakan kebahagian dan kesejahteraan, semoga cikgu Aswan akan sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik dan gembira melalui usia persaraan ini dan mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah s.w.t sepanjang hayat. amin..