SMK SEMENCHU UNGGUL....1 VISI 1 MISI 1 TEKAD

Friday, December 31, 2010

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH SESI 2011

Assalamualaikum w.m.a dan selamat menyambut tahun baru...
Selamat kembali kesekolah untuk sesi 2011 semoga kehadiran tahun baru ini membawa bersama azam,tekad,keyakinan,kegighan untuk berusaha dan melangkah kearah SMK Lokman Hakim Lebih Hebat. kita semua perlu berusaha keras untuk menjadi 1 visi, 1misi dan 1 hati bagi merealisasikan SMK Lokman Hakim Lebih Hebat, kita tidak mahu berada ditahap yang lemah, tidak berupaya melakukan yang terbaik sedangkan kita mampu dan berupaya melakukannya dengan lebih baik kerana kita mempunyai kekuatan, kepakaran, sokongan masyrakat dan pibg sentiasa membantu untuk kejayaan dan kecemerlangan sekolah.
kepada pelajar ayahanda menekankan bahawa displin adalah faktor utama untuk menjadi orang yang berjaya, tanpa displin yang kukuh kita akan hanyut dan terpengaruh dengan budaya dan perkara yang tidak berfaedah..kerana itu setiap kesalahan displin akan menerima tindakan yang sewajarnya bukan untuk menyusahkan atau mendenda atau berlaku zalim tetapi untuk mendidik anakanda semua agar menjadi manusia yang berguna, patuh kepada peraturan menggunakan akal yang waras dalam semua tindakan dan perlakuan seterusnya menjadi manusia yang cemerlang berguna untuk agama,bangsa dan negara.. Insyallah dengan keazaman dan tekat yang jitu dari semua guru-gurunya, pelajar-pelajarnya, pibg dan sokongan masyrakat setempat SMK Lokman Hakim akan bangkit menjadi sekolah yang cemerlang......"SMK Lokman Hakim Lebih Hebat"...Ayoh kita Buktikan.....

Thursday, December 16, 2010

Konsep 1 Malaysia

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

  1. Budaya kecemerlangan
  2. Ketabahan
  3. Rendah hati
  4. Penerimaan
  5. Kesetiaan
  6. Meritokrasi
  7. Pendidikan
  8. Integriti

Tuesday, November 30, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2010

Assalamualaikum kepada semua putera dan puteri SMK Lokman Hakim ayahanda mendokan agar anda semua berada di dalam keadaan sihat sepanjang peperiksaan spm berjalan dan mampu menjawab dengan tenang dan memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan ketika menjawab setiap soalan...untuk sama-sama merealisasikan SMK Lokman Hakim lebih hebat...bukitkan keupayaan anda semua dan jangan hampakan harapan ibubapa, guru-guru dan semua pihak yang mahu melihat kejayaan anda semua memperolehi sijil SPM dengan cemerlang....Insyallah...

Saturday, February 13, 2010


8 februari 2010 merupakan hari yang yang amat bersejarah dalam kehidupan 5 beradik iaitu Mohd Haikal 12,Adam Iskandar 10, Nor Shahira 9, Haris Fadillah 7 dan adik nya Ahmad Nor Danish 5, kerana merupakan hari pertama dapat menjejakan kaki bersekolah di SK Dato Usman Awang,Kota Tinggi. Mereka selama ini menaruh harapan untuk bersekolah seperti anak-anak lain tetapi malangnya terabai kerana kecuaian ibubapanya yang mengambil mudah soal pendidikan anak-anaknya. Tepat Jam 7.15 pagi kehadiran Tuan Haji Markom bin Giran, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor yang sangat perihatan dengan masalah murid berkenaan untuk sama-sama menyerahkan murid berkenaan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Guru Besarnya Tuan Haji Ali bin Jaafar. Tuan Haji Markon sebelum ini telah berkunjung kerumah nenek murid tersebut dan menyampaikan sumbangan peribadi beliau RM500.00 dalam usaha memastikan 5 beradik tersebut bersekolah. Kita mendoakan semoga 5 beradik ini akan terus berusaha keras untuk menimba ilmu untuk masa hadapan mereka...Insyallah kejayaan akan dicapai bukan kerana anak sapa-sapa... tetapi berkat usaha, kegigihan dan ketekunan kita..

Sunday, February 7, 2010

PEMANTAUAN BERFOKUS SK ADELA


Pasukan pemantau telah melaksana kan pemantauan ke SK Adela dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan yang ada yang perlu dibangunkan untuk menjadikan sekolah ini lebih cemerlang pada masa hadapan. Persekitaran sekolah yang dijaga dengan rapi menjadikan sekolah ini indah dan sesuai untuk suasana pembelajaran yang kondusif. Tahniah kepada guru pendidikan khas yang berusaha keras untuk membantu mendidikan anak-anak istimewa ini semoga usaha cikgu-cikgu akan mendapat keredaan dan keberkatan dari Ilahi. Kepada guru besar, penolong kanan dan semua guru bangunkanlah potensi sekolah ini agar mampu menjadi sekolah yang cemerlang dan gemilang pada masa hadapan..semuanya ada didepan mata...jangan tunggu dan jangan bertangguh lagi..ayuh bangkit semua untuk kecemerlangan kita bersama....Insyallah.

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR DAN PMR PARLIMEN TENGGARA

Tahniah kepada semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR tahun 2009 dari Parlimen Tenggara kerana menerima penghargaan dan pengiktirafan dari Ahli Parlimen Tenggara iaitu Datuk Halimah binti Mohamed Sadique yang bermurah hati menyampaikan hadiah, sijil serta wang tunai kepada pelajar yang terlibat dalam satu majlis yang diadakan di SMK Bandar Tenggara 2, juga dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi Tuan Haji Mohd Zakaria bin Yusof. Semoga sokongan dan galakan YB akan menguatkan azam dan tekad pelajar berkenaan untuk lebih cemerlang dalam pelajaran pada masa hadapan seterusnya menjadi warga negara yang berguna pasa masa hadapan. Insyallah..

SELAMAT BERSARA CIKGU ASWAN BIN PARDI

Seluruh warga pendidik Daerah Kota Tinggi mengucapkan selamat bersara kepada cikgu Aswan bin Pardi mulai 5/02/2010. Cikgu Aswan telah menyumbang khidmat baktinya dalam pendidikan selama 28 tahun. Sejarah perkhidmatannya bermula pada 13/01/1982 di SMK Arshad, Kota Belud, Sabah selama lebih kurang sepuluh tahun.

Selepas itu beliau balik ke Semenanjung dan berkhidmat di SMK Bandar Easter, Kota Tinggi, seterusnya ke SMK Parit Haji Hassan, Batu Pahat, dan kemudian balik ke Kota Tinggi berkhidmat di SMK. Laksamana, selepas itu bertugas di SMK Taman Kota Jaya dan seterusnya sebagai pengetua di SMK Tanjung Pengelih sehingga bersara wajib, beliau berkhidmat di SMK Tanjung Pengelih mulai 01/10/2004 - 4/02/2010 lebih kurang 5 tahun lebih.

Kami mendoakan kebahagian dan kesejahteraan, semoga cikgu Aswan akan sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik dan gembira melalui usia persaraan ini dan mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah s.w.t sepanjang hayat. amin..

Monday, January 18, 2010

Selamat Bersara Cikgu Subari bin Yarmo


Saya amat berbesar hati dan amat berterima kasih atas kesudian jawatankuasa pengelola menjemput kami kemajlis ini dan juga kehadiran saudara-saudari yang dapat melapangkan waktu untuk hadir sama dalam majlis yang istimewa pada pagi ini. Majlis ini istimewa kerana kita sebenarnya meraikan saudara/rakan seperjuangan kita En.Subari bin Yarmo yang selama ini telah mencurah bakti kepada pendidikan dan negara. Beliau adalah pengurus dan pemimpin pendidikan yang kini harus berpisah setelah memanfaatkan minda, tenaga dan usia dalam pendidikan dan kerajaan selama lebih kurang 32 tahun(1978 – 2010). .


Perjumpaan ini sudah tentu akan mengingatkan kembali kepada pengalaman serta pahit manis dalam pendidikan yang beliau telah dilalui. Yang lebih penting ialah ilmu dan pengalaman yang telah dikumpul dan diperkayakan sepanjang perkhidmatan ini amat bernilai dan menjadi sumber kekuatan yang amat berharga dalam menempuh cabaran di alam persaraan. Namun ia menjadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan. Dengan itu saya mengambil kesempatan ini untuk mempelawa En. Subari untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada pendidikan, agama, bangsa dan negara.

Anggaplah persaraan sebagai satu lagi peringkat yang perlu dilalui dalam perjalanan hidup kita, sebagaimana kata Allen Lagarbo, "Christmas, weddings, funerals, graduations, retirements, and births are like speed bumps in life; we slow down, look around, think about our lives, and then once over the bump, we speed up to our usual pace." Jika kita bersetuju dengan kata-kata ini, kita akan terdorong untuk meneruskan kehidupan harian secara aktif, dan ini boleh menghilangkan pelbagai kegusaran termasuk, kerisauan tentang umur yang semakin meningkat. Bob Hope, pelawak terkenal, membuat ukurannya sendiri mengenai umur; katanya, "You know you are growing old when candles cost more than the cake."

En. Subari mungkin telah membuat perancangan menjelang persaraan ini tetapi terdapat pandangan yang menganggap persaraan tidak perlu dirancang. Saya petik di sini satu kenyataan dari buku Comfort Zone, oleh Elwood N. Chapman, yang saya rasa amat relevan untuk kita sama-sama fikirkan. Mereka menganggap persaraan adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Kata mereka "My retirement plan consists of putting all my work problems in my briefcase and presenting them to my boss as a farewell gesture." dan "Retirement is a pot of gold at the end of rainbow. You don't have to plan for something that beautiful." Oleh itu jadikan persaraan sebagai persaraan kreatif dengan melakukan sesuatu yang memberi kepuasan serta berfaedah kepada masyarakat dan negara.

Kita kehilangan seorang pemimpin pendidikan/pengurus yang berkebolehan dan berpengalaman yang telah menaikan martabat dan kecemerlangan SK Sedili Besar yang telah mencapai peratus tertinggi dan hampir 30% murid yang capai 5A dalam UPSR 2009 yang lepas. Kita amat berbangga dan menghargai jasa beliau dan pada masa yang sama berharap agar beliau akan terus mengingati, mendampingi dan memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan kita, mengikut kemampuan nya. Sesungguhnya khidmat bakti yang ditabur akan terus berkembang dan mewangi, di mana sahaja kita berada dan apa pun bidang yang kita ceburi "The fragrance always remains in the hand that gives the rose." Budi dan jasa tuan tidak terbalas dengan emas-perak. Kita doakan agar ianya diterima sebagai amal jariah.

Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi di bawa mati.

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Begitulah lumrahnya. pemimpin-pemimpin baru yang akan meneruskan usaha dan mempastikan kesinambungan kecemerlangan pendidikan. Sememangnya masa depan membawa bersama pelbagai cabaran yang semakin sukar ditangani. Percaturan ekonomi antarabangsa dengan gagasan globalisasi dan liberasi perdagangan sejagat perlu dihadapi dengan penuh hikmah dan bijaksana. Perkembangan pendidikan semasa dengan KPI, MBMMBI, Baiyah/newdeal mencabar kebolehan kita, Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT semakin pantas menjanjikan pelbagai peluang untuk direbut. Sebaliknya kepesatan ICT akan meminggirkan mereka yang lemah dan lengah.

Dengan itu agenda penting yang memerlukan tindakan berterusan ialah meningkatkan keupayaan diri dan organisasi agar dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang dan ruang yang tersedia. Ini perlu diteguhkan dengan pegangan dan amalan nilai dan etika yang menjurus kepada keutuhan yang tinggi. Matlamat akhirnya ialah untuk menyediakan sebuah institusi sekolah yang utuh dan cemerlang yang berupaya membantu mencapi visi dan misi kita.

Untuk terus berjaya, kita harus berupaya mengadakan perancangan yang lebih strategik dan mengatur tindakan- tindakan baru yang mungkin berbeza dengan yang pernah kita laksanakan. Perubahan hanya boleh berlaku sekiranya kita semua secara kolektif, menerima dan komited untuk melaksanakan. Antara perubahan baru ini sudah tentu akan melibatkan perubahan kepada cara dan kaedah yang kita telah amalkan begitu lama, seperti cara kita bekerja; cara kita berhubung dan berinteraksi sesama kita atau dengan pihak-pihak luar; atau gaya pengurusan dan kaedah membuat keputusan. Ini bermakna, kita perlu sanggup mengalih minda kita untuk mengubah kelaziman, tabiat, malah budaya kerja kita supaya sejajar dengan keperluan dan tuntutan paradigma pentadbiran dan pengurusan era maklumat dan ilmu. Seperti kata pepatah “betulkan yang biasa, biasakan yang betul”.


Akhirnya marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kepada En Subari bin Yarmo yang akan memulakan penghidupan atau kerjaya baru selepas bersara mulai esok 19/01/2010. Tidak lupa, sekalung penghargaan kepada isteri dan anak-anak yang selama ini begitu setia mengharungi hidup bersama serta tabah memberi sokongan dan dorongan kepada beliau.

Sekian, wasallam mualaikum wbt.

Friday, January 15, 2010

Pelaksanaan 5S di PPD Kota Tinggi

Tahniah kepada semua pegawai dan satff di PPD Kota Tinggi kerana berani menyahut cabaran untuk berubah dari keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih kemas, tersusun, rapi dan teratur walaupun menghadapi banyak cabaran dan pengorbanan masa dan tenaga untuk melaksanakan program 5S ini...almaklumlah pejabat ini sempit dengan ruang yang terhad dan barang yang banyak yang sentiasa berlonggok di mana-mana tempat...Insyallah dengan komitmen yang tinggi khususnya ppd kita Tuan Haji Mohd Zakaria , anakbuahnya akan mampu melaksanakan yang terbaik untuk kecemerlangan kita semua...bukitakan kita mampu merubah sesuatu...seperti slogan kita "Wawasan di julang Kota Tinggi Cemerlang" dan " Kota Tinggi Mengungguli" mari kita buktikan...

Wednesday, January 13, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 buat semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah menengah dan rendah daerah Kota Tinggi. Semoga tahun 2010 ini ada sinar gemilang dalam kita merealisasikan Tagline Kota Tinggi ' Kota Tinggi Mengungguli ' .