Kaedah Berfikir
6 Topi
Pengenalan
Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis
terkemuka Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan
perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan
, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.
Berfikir secara
parallel
Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan
sistematik. Contohnya enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari
antara satu sama lain dan tidak dinilaikan, dibandingbezakan, dipertikaikan,
serta tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan daripada
setiap satunya.
Bagaimana enam topi berfungsi
Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran
dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih,
merah, hitam, kuning, hijau dan biru.
Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan
fakta dan perkara objektif semata-mata
Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan
intuisi.
Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan,
kelemahan dan kekacacatan.
Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan,
keistimewaan dan manfaat.
Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana
idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada
secara logic atau sebaliknya.
Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal
perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-topi lain
Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir
Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :
1. Menjadi lebih
focus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih
berstruktur dan sistematik.
2. Berfikir dengan
lebih kritikal.
3. Memahami
keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
4. Mempelajari
garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti kelemahan
dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.
5. Memahami peranan
emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.
6. Mempelajari
penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.
No comments:
Post a Comment