
Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak professional adalah seperti berikut;
| Guru yang Profesional | Guru yang tidak Profesional |
| Mula kerja awal pagi | Mula kerja setelah loceng berbunyi |
| Sedia bergerak awal hari | Sudah pun letih di awal pagi |
| Mengurus dengan merancang | Mengurus dengan krisis |
| Ada perancangan & matlamat | Ada berbagai alasan |
| Berpakaian secara 'profesional' | Berpakaian selekeh |
| Guna waktu luang sebagai waktu'kerja' | Guna waktu luang mengumpat dan mengeji |
| Suka ikuti latihan kerana berikan perkembangan profesional | Komplen tentang latihan dan berasa pelik kenapa ianya perlu |
| Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar | Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu |
| Cari perkara-perkara untuk dipuji | Cari perkara-perkara untuk dikomplen |
| Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan | Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan |
| Sedia buat keputusan dan selesai masalah | Bertanya "Apa patut saya buat?" |
| Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi | Lihat pentadbir sebagai tempatmelepaskan geram |
| Melanggan dan membaca jurnal profesional | Fikir jurnal professional sebagai membazirkan wang sahaja |
| Mendapat penghormatan setiap hari | Merungut kerana tidak dapat penghormatan |
| Buat yang terbaik | Buat apa orang lain buat |
| Kembang suburkan kerjaya mereka | Bimbang tentang kerja mereka |
| Rasa dan bertindak 'empowered' | Rasa dan bertindak seperti mangsa |
| Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan | Tidak sedia belajar atau terima bantuan |
| Belanja wang untuk perkembangan professional | Enggan belanja untuk perkembangan |
| Percaya anak didik boleh belajar, | Percaya anak didik degil, dan malas. |
| Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu profesion paling mulia | Melihat kerja mengajar sebagai satu kerja dengan gaji lumayan sahaja. |
No comments:
Post a Comment