SMK SEMENCHU UNGGUL....1 VISI 1 MISI 1 TEKAD

Friday, June 7, 2013

Enam Topi Berfikir

Kaedah Berfikir 6 Topi

Pengenalan

Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.

Berfikir secara parallel
Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak dinilaikan, dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya.

Bagaimana enam topi berfungsi

Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru.

Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata
Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.
Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan kekacacatan.
Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat.
Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logic atau sebaliknya.
Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-topi lain

Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir

Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :
1.  Menjadi lebih focus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih berstruktur dan sistematik.
2.  Berfikir dengan lebih kritikal.
3.  Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar     untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
4.  Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.
5.  Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.
6.  Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

Sunday, May 6, 2012

Tips Membina Keyakinan Diri


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tips ini dikongsikan daripada Dr. David J. Schwartz, yang merupakan penulis buku untuk,‘ The Magic Of Thinkin Big’. Sekadar berkongsi,
1. Duduk di barisan hadapan di majlis yang dihadiri. Tidak kisah majlis apa yang anda hadiri. Cuba belajar  
    untuk menjadi seorang yang duduk di barisan hadapan.
2. Berlatih membuat ‘eye contact’. Bukan mudah untuk membuat ‘eye contact’ sebenarnya. Tetapi seorang 
    yang gagal membina ‘eye contact’ yang baik, tidak mampu mencipta pengaruh di dalam percakapannya.
3. Berjalan 25% lebih cepat dari biasa. Berjalan dengan lebih cepat seolah-olah mencipta bahasa badan 
    anda seorang sibuk. Ianya membuatkan anda berasa seolah-olah anda seorang yang sedang menguruskan  
    perkara yang penting.
4. Berlatih untuk bercakap. Paksa diri anda untuk memberi pendapat walaupun ianya mungkin sebenarnya 
    ‘kecil’ bagi anda. Elak daripada terjerat dengan diri dengan mengatakan bahawa,‘pendapat saya mungkin 
    sebenarnya bodoh.’
5. Senyum dengan lebar.Senyum adalah bahasa badan yang positif.Ianya juga tonik kepada diri untuk 
    membina keyakinan diri.