SMK SEMENCHU UNGGUL....1 VISI 1 MISI 1 TEKAD

Sunday, July 14, 2013

FORMULA A,B,C,D,E UNTUK BERJAYA.

5 SIKAP UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN!

Anda ingin mencapai kecemerlangan dalam pelajaran? Sudah tentu, bukan? Tetapi, ingatlah, kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan hanya akan diperoleh dengan usaha yang gigih dan terancang, serta keazaman yang kuat.

 Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu, demi mencapai kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Ciri-ciri itu boleh diringkaskan sebagai
A, B, C, D dan E. Tahukah anda apakah maksud setiap huruf itu?

A - Attitude/Sikap

·         Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif.
·         Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran.
·       Bertanya apabila tidak faham dan menjawab soalan apabila ditanya oleh gurunya, sewaktu di dalam kelas.
·         Mendengar dengan teliti ketika guru mengajar.
             
B - Belief/Kepercayaan

·        Mempercayai bahawa anda ada kebolehan, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Yakin bahawa anda boleh lulus dalam peperiksaan dengan baik.
·         Berusaha dengan gigih dan seterusnya membawa kepada kejayaan yang besar.

         
C - Confidence/Keyakinan

·         Berasa selesa ketika menghadapi peperiksaan.
·         Yakin bahawa anda boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
·         Sering bertanya apabila dia tidak memahami kandungan pelajaran yang guru sampaikan, dan mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas.

D - Determination/Keazaman 
·         Keazaman yang kuat mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun.
·         Tidak cepat berputus asa, dan menganggap kegagalan sebagai satu cabaran. Dia akan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan, memperbanyakkan membaca dan memenuhi masa lapang dengan mengulangkaji.


E - Enthusiasm/Semangat 

·         Tidak pernah menangguhkan segala kerja sekolah.
·         Membuat ulang kaji pelajaran sejak awal lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
·         Projek sekolah juga akan disiapkan sebelum tarikh akhir penghantaran.

·         Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar.