SMK SEMENCHU UNGGUL....1 VISI 1 MISI 1 TEKAD

Monday, January 18, 2010

Selamat Bersara Cikgu Subari bin Yarmo


Saya amat berbesar hati dan amat berterima kasih atas kesudian jawatankuasa pengelola menjemput kami kemajlis ini dan juga kehadiran saudara-saudari yang dapat melapangkan waktu untuk hadir sama dalam majlis yang istimewa pada pagi ini. Majlis ini istimewa kerana kita sebenarnya meraikan saudara/rakan seperjuangan kita En.Subari bin Yarmo yang selama ini telah mencurah bakti kepada pendidikan dan negara. Beliau adalah pengurus dan pemimpin pendidikan yang kini harus berpisah setelah memanfaatkan minda, tenaga dan usia dalam pendidikan dan kerajaan selama lebih kurang 32 tahun(1978 – 2010). .


Perjumpaan ini sudah tentu akan mengingatkan kembali kepada pengalaman serta pahit manis dalam pendidikan yang beliau telah dilalui. Yang lebih penting ialah ilmu dan pengalaman yang telah dikumpul dan diperkayakan sepanjang perkhidmatan ini amat bernilai dan menjadi sumber kekuatan yang amat berharga dalam menempuh cabaran di alam persaraan. Namun ia menjadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan. Dengan itu saya mengambil kesempatan ini untuk mempelawa En. Subari untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada pendidikan, agama, bangsa dan negara.

Anggaplah persaraan sebagai satu lagi peringkat yang perlu dilalui dalam perjalanan hidup kita, sebagaimana kata Allen Lagarbo, "Christmas, weddings, funerals, graduations, retirements, and births are like speed bumps in life; we slow down, look around, think about our lives, and then once over the bump, we speed up to our usual pace." Jika kita bersetuju dengan kata-kata ini, kita akan terdorong untuk meneruskan kehidupan harian secara aktif, dan ini boleh menghilangkan pelbagai kegusaran termasuk, kerisauan tentang umur yang semakin meningkat. Bob Hope, pelawak terkenal, membuat ukurannya sendiri mengenai umur; katanya, "You know you are growing old when candles cost more than the cake."

En. Subari mungkin telah membuat perancangan menjelang persaraan ini tetapi terdapat pandangan yang menganggap persaraan tidak perlu dirancang. Saya petik di sini satu kenyataan dari buku Comfort Zone, oleh Elwood N. Chapman, yang saya rasa amat relevan untuk kita sama-sama fikirkan. Mereka menganggap persaraan adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Kata mereka "My retirement plan consists of putting all my work problems in my briefcase and presenting them to my boss as a farewell gesture." dan "Retirement is a pot of gold at the end of rainbow. You don't have to plan for something that beautiful." Oleh itu jadikan persaraan sebagai persaraan kreatif dengan melakukan sesuatu yang memberi kepuasan serta berfaedah kepada masyarakat dan negara.

Kita kehilangan seorang pemimpin pendidikan/pengurus yang berkebolehan dan berpengalaman yang telah menaikan martabat dan kecemerlangan SK Sedili Besar yang telah mencapai peratus tertinggi dan hampir 30% murid yang capai 5A dalam UPSR 2009 yang lepas. Kita amat berbangga dan menghargai jasa beliau dan pada masa yang sama berharap agar beliau akan terus mengingati, mendampingi dan memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan kita, mengikut kemampuan nya. Sesungguhnya khidmat bakti yang ditabur akan terus berkembang dan mewangi, di mana sahaja kita berada dan apa pun bidang yang kita ceburi "The fragrance always remains in the hand that gives the rose." Budi dan jasa tuan tidak terbalas dengan emas-perak. Kita doakan agar ianya diterima sebagai amal jariah.

Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi di bawa mati.

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Begitulah lumrahnya. pemimpin-pemimpin baru yang akan meneruskan usaha dan mempastikan kesinambungan kecemerlangan pendidikan. Sememangnya masa depan membawa bersama pelbagai cabaran yang semakin sukar ditangani. Percaturan ekonomi antarabangsa dengan gagasan globalisasi dan liberasi perdagangan sejagat perlu dihadapi dengan penuh hikmah dan bijaksana. Perkembangan pendidikan semasa dengan KPI, MBMMBI, Baiyah/newdeal mencabar kebolehan kita, Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT semakin pantas menjanjikan pelbagai peluang untuk direbut. Sebaliknya kepesatan ICT akan meminggirkan mereka yang lemah dan lengah.

Dengan itu agenda penting yang memerlukan tindakan berterusan ialah meningkatkan keupayaan diri dan organisasi agar dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang dan ruang yang tersedia. Ini perlu diteguhkan dengan pegangan dan amalan nilai dan etika yang menjurus kepada keutuhan yang tinggi. Matlamat akhirnya ialah untuk menyediakan sebuah institusi sekolah yang utuh dan cemerlang yang berupaya membantu mencapi visi dan misi kita.

Untuk terus berjaya, kita harus berupaya mengadakan perancangan yang lebih strategik dan mengatur tindakan- tindakan baru yang mungkin berbeza dengan yang pernah kita laksanakan. Perubahan hanya boleh berlaku sekiranya kita semua secara kolektif, menerima dan komited untuk melaksanakan. Antara perubahan baru ini sudah tentu akan melibatkan perubahan kepada cara dan kaedah yang kita telah amalkan begitu lama, seperti cara kita bekerja; cara kita berhubung dan berinteraksi sesama kita atau dengan pihak-pihak luar; atau gaya pengurusan dan kaedah membuat keputusan. Ini bermakna, kita perlu sanggup mengalih minda kita untuk mengubah kelaziman, tabiat, malah budaya kerja kita supaya sejajar dengan keperluan dan tuntutan paradigma pentadbiran dan pengurusan era maklumat dan ilmu. Seperti kata pepatah “betulkan yang biasa, biasakan yang betul”.


Akhirnya marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kepada En Subari bin Yarmo yang akan memulakan penghidupan atau kerjaya baru selepas bersara mulai esok 19/01/2010. Tidak lupa, sekalung penghargaan kepada isteri dan anak-anak yang selama ini begitu setia mengharungi hidup bersama serta tabah memberi sokongan dan dorongan kepada beliau.

Sekian, wasallam mualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment